Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Kicap Halia

No Comments

Resepi Daging Masak Kicap Halia ok ?  Memandangkan sudah lama tidak memasak hidangan  daging , harini Chef ingin menyediakan hidangan daging masak kicap halia untuk juadah berbuka puasa justeru ingin berkongsi bersama anda cara-cara untuk menyediakan resepi yang sedap ini . Oleh itu , tidak perlu bercakap dengan lebih panjang lagi , jom lihat dibawah.

daging kicap halia

Bahan-bahan:
300 gram daging – dipotong nipis
100 ml air asam jawa
2 biji bawang merah – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 biji cili merah – dihiris
1 sudu makan halia – dihiris
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
Daun bawang – potong memanjang
Garam & gula pasir
secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan halia sampai naik bau.kemudian ,masukkan daging dan kacau.
2.Masukkan sos tiram, kicap pekat dan sedikit air kemudian biarkan sehingga mendidih.
3.Masukkan cili merah, gula, garam dan air asam jawa.
4.Akhir sekali,kacau rata dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Daging Masak Kicap Halia sangat sedap jika dimasak sedikit kering dan pekat.Selain itu , resepi ini juga akan lebih sedap jika di makan bersama nasi panas dan sambal belacan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5