Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Kicap

5 Comments

Bahan-bahan (4-5 orang)

500 gram daging
8 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
2 sudu besar cili kisar
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3-4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dah buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (dalam 3-5 minit). Masukkan kicap manis dan kicap masin.
  3. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga sekata. (lebihkan air kalau nak banyak kuah)
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga daging empuk.

5 comments on “Resepi Daging Masak Kicap

  1. Sangat sedap. Lain dari daging masak kicap yang biasa. Rempah menambahkan rasa enak daging kicap. Wajib cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>