Resepi Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahan (5-6 orang)

1 kg daging
6 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar kicap manis
Garam
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar ke dalam kuali sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masak sehingga daging empuk.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Tips

  1. Untuk lebih sedap, perap daging bersama-sama lada hitam, bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar.
  2. Boleh masukkan capsicum untuk lebih sedap dan lebih menarik.
  3. Boleh juga nak masukkan kentang. Kentang boleh menyerap air yang berlebihan.

OM: Tak plan pun nak masak daging black pepper ni. Jadi presentation nampak simple sangat sebab tak sempat nak beli capsicum atau daun parsley sebagai hiasan. Saya guna serbuk lada hitam, so dalam gambar tak nampak lada hitam tu. Kalau boleh guna la lada hitam yang bukan serbuk, nampak lagi cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

53 thoughts on “Resepi Daging Masak Lada Hitam

  1. mak wehhh!! sedappnyer ruper! rajin ko masak, elok le akak cilok resipe ko ni ek, leh masak mlm ni, akak dah pening tak tau msk pe mlm ni, hehehhe!

    • hehe… kena belajar banyak jenis masakan dulu br boleh bukak Teratak Oh Malaysia tu. hehe.. anyway Restoran Pisang Daia tu Dayyah punya ke? apsal Daia.. hehe..

      • @Amir Said, ps: kalau nak sedap lagi, pkai sichuan peppercorn die cmpuran lada hitam warna merah n hitam, bakar atas api tampa minyak dengan sikit garam, bile dh naik bau, tumbuk dlm mortar n pestle jgn smp lumat tp roughly hehe

        jus a small cooking tip, ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>