Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Chef Adam, July 6, 2011

Bahan-bahan (4-5 orang)

500 g daging
10 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut (dikoyakkan)
2 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging. Goreng daging sehingga hampir masak.
  3. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos ikan dan sos tiram. Kacau sekata. Kalau nak kuah banyak sikit, tambah air dan sos tomato.
  4. Masukkan daun limau purut dan garam secukup rasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

,,,,

20 thoughts on “Resepi Daging Masak Merah Ala Thai”

  1. mama sharidz says:

    i like….. boleh MS cuba nanti…. pinjam resepi yer

    1. Amir Said says:

      Cuba la. :-)

      1. Arynn Aira says:

        Kalau nak rebus daging ni,berapa lama masa nya?

        1. Amir Said says:

          Sekejap je, dalam 2-3 minit. Kalau tak rebus pun takpe.

  2. berapa lama bro tunggu masak?masak daging ni kira lama juga kan?

    1. Amir Said says:

      Tak sampai 30 minit dah siap. Tapi kalau daging tu jenis yang liat better rebus dulu la.

      1. MDHAFiZ.NET says:

        @Amir Said,
        aku tau makan je.. x tau masak…nak cuba gak rasa makanan masakan sendiri… :)

  3. nUr fAtiN says:

    best nye..terliur tgk mse bulan pose nih…nk msk la untuk buka..hehe..

  4. reez says:

    da try dua kali bro..memang terbaaiikk r..licin org rumah mkn..

    thank you bro

  5. Mrs x_25volt says:

    Esok nak bawak bekal pi opis…dalam byk2 resepi daging masak merah..resepi ni gak yg saya suka..mohon share ye admin.

    1. Amir Said says:

      Terima kasih kerana mencuba. :-)

  6. heart says:

    boleh pinjam resepi? Halalkanlah ya

    1. Amir Said says:

      Ya silakan. :-)

  7. mimi says:

    kalo tak de sos ikan .jadi tak dagin masak merahnya?:-)

    1. Amir Said says:

      Jadi je daging masak merah cuma kalau ala Thai ada sos ikan. boleh je sebenarnya. takde masalah.

  8. iera says:

    nk cuba..halalkan yerrrrrrrrr

  9. abu85 says:

    hari ni ingat nak masak nasi goreng daging amsak merah search je jumper blog ni..

    nak try sat lagi

  10. norazian osman says:

    Trimas buat Amir..mesti sedap ni…ingat nak try..bkn apa ada pelbagai resepi daging merah ni tapi bg saya mesti ni ummm…saya ada satu petua yg mak saya selalu guna kalo nak lembutkan daging..caranya masa merebus tu, masukkan sesudu teh soda bikarbonat. jangan banyak2 tau nanti berbuih. mmg cepat lembut n sedap..sebenarnya ada lagi, kekadang mak buh betik muda..yg muda sgt tu tau..try le mana yg senang.

  11. pda says:

    nk try ar msk lauk ni arini…cm sedap jew….tiap2 mgu asik msk lauk yg sama jer, boring gak…thanxs resipi yerk!

  12. Boleh tak ditambahkan sedikit gula pasir, supaya rasa lebih gurih?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Penaja

Follow Twitter

Geng Dapur Malaysia

Kategori

Statistik Pelawat