Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Merah

No Comments

Resepi Daging Masak Merah ok? Resepi ini sangat sedap jika dimasak untuk hidangan tengah hari kerana rasanya yang pedas dan juga manis.Selain itu,resepi ini juga sangat mudah untuk dimasak kerana kita tidak perlukan banyak bahan mentah.

Oleh itu,Chef berani jamin bahawa anda semua tidak akan menyesal jika mencuba resepi yang sedap ini.

daging masak meroh

 

 

 

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
setengah kilo daging – dipotong nipis dan dicelur/direbus dengan pewarna merah sehingga empuk.
1 biji setengah bawang besar – dihiris
1 biji lada benggala hijau – dipotong
1 cm halia – diketuk
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 setengah sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara-cara untuk memasak:
1.Panaskn minyak kemudian tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sampai naik baunya.
2.Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram.
3.Jika terlampau kering masukkan air rebusan daging kedalam kuali dan garam secukup rasa.
3.Masukkan daging kemudian biar sampai ianya mendidih sehingga kuahnya sedikit pekat.
4.Akhir sekali masukkan lada benggala tadi kemudian tabur daun sup dan juga daun bawang.

P/s:Resepi Daging Masak Merah lebih sedap jika dimasukkan sos tiram sebanyak 2 sudu besar dan biarkan kuahnya sedikit kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5