Resepi Dapur Malaysia

Resepi Daging Masak Opor

No Comments

Resepi Daging Masak Opor ok ? Opor merupakan masakan yang sangat dikenal di Indonesia. Opor di kenal pasti berasal dari daerah berbudaya Jawa, khususnya Jawa Tengah dan Jawa Timur sebelah barat. Meskipun demikian, masakan ini juga telah dikenal luas di daerah lain.Oleh itu , Chef ingin ajarkan anda semua cara-cara untuk memasak opor daging yang semestinya sedap ini.

daging opor

Bahan-bahan:
1 kg daging – dipotong nipis
60 gm jintan manis
1 biji kelapa
4 helai daun salam
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
200 gram buah keras
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 sudu besar halia
3 sudu besar lengkuas
4 batang serai

Cara-cara membuat:
1.Pertama sekali,goreng kan jintan tanpa minyak dan tumbuk halus.Kemudian gaulkan dengan daging dan perap selama 30 minit.
2.Tumiskan bahan kisar bersama santan dan Kacau sekali-sekala sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan daging dan daun salam dan kacaukan perlahan-lahan sampai daging empuk dan pekat kuahnya.
4.akhir sekali,tambahkan air jika daging masih belum empuk,masukkan garam.
5.Jika rasa sudah ok angkat dan hidangkan.

P/s : Resepi Daging Masak Opor bukan sahaja boleh dimakan bersma nasi panas , malah ianya juga boleh dimakan bersama ketupat,lemang,nasi impit,bakso,lontong dan sebagainya.Selain itu , jika mahukan hidangan anda lebih sedap , anda perlu memasaknya dengan kering sedikit supaya bahan-bahan ramuan dapat meresap ke dalam daging dengan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5