Resepi Dapur Malaysia

Resepi Gulai Ikan Tongkol

No Comments

Resepi Gulai Ikan Tongkol ok? Ikan tongkol biasanya dimasak kari dan dimakan bersama nasi putih atau nasi dagang.Selain dimasak kari, ikan tongkol juga amat sedap jika dimasak gulai , sekali sekala tukar menu apa salahnya kan? hehe .Disamping semudah 123 , resepi ini juga amat sedap kerana rasanya yang pedas dan juga berlemak.Sila rujuk di bahagian bawah jika ingin melihat cara-cara untuk memasak.

ikan tongkol masak gulai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol – potong ikut suka
1 biji kelapa segar
8 ulas bawang merah ^
4 ulas bawang putih ^
2 lada besar
2 inci lengkuas di hiris
1 inci halia ^
1 sudu pes cili kering
1 camca serbuk ketumbar
10 biji cili padi ^ nak lebih pon xpe
1 inci kunyit hidup ^
Garam, gula dan perasa

Cara-cara:
1.Bersihkan ikan yang telah dipotong dan direbus bersama 3 keping asam keping,sedikit lengkuas yang telah di hiris dan sedikit garam.Kemudian rebuskan ikan sehingga airnya agak kering dan ketepikan.
2.Tumbuk bahan – bahan yang bertanda ^ dan jangan terlampau lumat.
3.Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan – bahan yang ditumbuk, hirisan lengkuas dan pes cili kering sehingga pecah minyak.
4.Kemudian masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.Perlulah selalu kacau/limbok masakan agar kuahnya tidak berketul.
5.Apabila sudah mendidih,masukkan ikan, serbuk ketumbar,asam keping, lada besar garam, gula dan perasa secukupnya.
6.Akhir sekali,biarkan mendidih jika kuahnya sudah agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.

P/s : Resepi Gulai Ikan Tongkol lebih sedap njika dihidangkan bersama nasi panas.Selain itu jika masakan itu pedas lagi bertambah sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5