Resepi Dapur Malaysia

Resepi Gulai Kawah

No Comments

Resepi Gulai Kawah merupakan masakan yang selalu dihidangkan untuk jamuan kenduri kahwin yang mana masakan ini sangat sedap dan disukai ramai.

image

Bahan-bahan:

1/2 kg daging lembu (dihiris nipis)
1 paket kerisik
1 paket kari daging
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili giling
3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
1 cawan santan pekat
Rempah 4 beradik
3 sudu besar gula merah
3 keping asam keping
Minyak
Garam
Air

Cara membuat:

1.Panaskan minyak , tumiskan rempah 4 beradik , bahan kisar , serai ketuk sehingga wangi dan garing.
2.Satukan cili giling , rempah kari dan dan jadikannya pes , kemudian tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging dan kacau sebati , masukkan sedikit air dan kacau sebati.
4.Bila daging agak empuk , masukkan santan , kerisek , garam , gula merah , daun limau purut dan asam keping.
5.Biarkan sehingga mendidih hingga daging betul2 empuk dan kacau sekali sekala (untuk mengelak hangit).
6.Biarkan sampai pekat tutup api dan boleh dihidangkan.

P/s:Resepi Gulai Kawah sedap dimakan dengan nasi atau roti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5