Resepi Gulai Lemak Siput Sedut
Resepi Gulai Lemak Siput Sedut merupakan salah satu hidangan masak lemak yang sungguh lazat selain gulai masak lemak ayam dan daging.Selain itu, cara penyediaan nya juga amat mudah dan ringkas kerana siput tersebut tidak perlu digoreng terlebih dahulu .Ia juga sangat mudah untuk dimakan kerana hanya perlu sedut sahaja , untuk merasa resepi ini , mari kita cuba.
Bahan-Bahan :
Siput sedut (ikut banyak mana)
Santan
Bawang merah
Lengkuas
Kunyit
Cili kering (ikut tahap kepedasan)
Asam keping
Daun kesum
Cara Membuat :
1.Bersihkan siput tersebut dan potong sikit bahagian belakang/ekor
2.Kisar bawang merah, lengkuas, kunyit, cili kering degan sedikit santan
3.Campur bahan yg dikisar dengan sebahagian lagi santan kedalam periuk
4.Masak sehingga mendidih
5.Masukkan siput, asam keping, daun kesum, garam dan gula secukup rasa
6.Biarkan mendidih selama 5-10 minit dan tutup api. (Jgn terlalu lama di atas dapur supaya mudah untuk disedut)
7.Sedia dihidangkan.
P/S ; Resepi Gulai Lemak Siput Sedut ini lebih sedap jika dimakan bersama nasi panas dan sedikit kicap .