Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ikan Bakar Portugis

No Comments

Resepi Ikan Bakar Portugis ok? Resepi ini sangat popular di negeri Melaka kerana rasanya yang amat unik.Ikan bakar portugis ini biasanya dibakar dengan menggunakan dapur arang,sebab itu rasanya amat sedap dan unik.

Jika tidak dapat dibakar dengan menggunakan dapur arang,anda juga boleh membakarnya dengan menggunakan kuali leper mahupun tudung periuk.Disini Chef ingin mengajar cara-cara untuk memasak resepi ini.

ikan bakar portugis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap – dikelar
5 helai daun limau purut – dihiris halus
3 sudu besar minyak bawang putih – Chef akan ajar sebentar lagi
1 sudu kecil penuh garam
1 sudu besar penuh gula
Aluminium foil/daun pisang

Bahan yang hendak ditumis:
3 sudu besar cili kering kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 hiris lengkuas
Garam
Gula

Cara cara membuat:
1.Kisar semua bahan-bahan yang hendak ditumis dan masak semua bahan-bahan tumisan seperti memasak sambal.Masak hingga pecah minyak kemudian perasakan degan garam dan gula secukup rasa.
2.Untuk Minyak Bawang Putih – Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing.Kemudian angkat dengan minyaknya semua sekali kerana minyaknya yang akan kita gunakan dan sejukkan.
3.Ikan dibersihkan dan di toskan.Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan tumis tadi.Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.
4.Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau.Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak.
5.Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai. 6.Boleh dihidangkan.

P/s:Resepi Ikan Bakar Portugis ini lebih sedap jika diperahkan jus limau kasturi diatasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5