Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ikan Goreng Masak Cili Api Petai

No Comments

Resepi Ikan Goreng Masak Cili Api Petai ok ? Resepi ini sangat sedap sehinggakan Chef sendiri pon tidak dapat lupakannya.Ianya menjadi sebab kerana, terdapat kombinasi rasa diantara petai , sambal dan juga ikan yang segar . Oleh sebab itu,Chef ingin ajarkan anda cara-cara untuk menyediakan hidangan ini.

ikan goreng masak cili api petai

Bahan-bahan:
Ikan secukupnya (kalau boleh ikan kembung atau selar)
Serbuk kunyit dan sedikit garam
Petai 2 papan
Bawang besar sebiji – dihiris
Bawang Putih 8 ulas – ditumbuk
Cili padi 20 biji ( ikut tahap kepedasan) – ditumbuk
Garam Secukupnya
Minyak

Cara-cara memasak:
1.Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam kemudian gaul sehingga sekata.
2.Panaskan minyak di dalam kuali kemudian gorengkan ikan tersebut sehingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3.Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sampai layu dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik aroma.
4.Kemudian masukkan garam dan kacau sehingga sebati kemudian , masukkan petai.
5.Akhir sekali,tuangkan bahan tumisan tadi bersama petai ke atas ikan goreng dan siap.

P/s : Resepi Ikan Goreng Masak Cili Api Petai ini sedap jika di hidang untuk juadah berbuka puasa.Selain itu,nak lagi sedap,makanlah bersama nasi yang sedang panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5