Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

No Comments

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak ini merupakan resepi paling popular disekitar Temerloh , Pahang yang juga dikenali sebagai bandar ikan patin . Sangat istimewa malah sedap dimakan. Jika ingin tahu , Temerloh juga merupakan kampung halaman Chef Adam sendiri . Jika pulang ke kampung , menu yang pasti Chef cari adalah Ikan Patin Masak Tempoyak .
patin
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin disiang , cuci dgn tepung dan asam jawa (gunakan limau untuk hilangkan bau hanyir dengan lebih pantas)
20 biji cili api (ikut tahap kepedasan)
kunyit hidup 2 inci
tempoyak ikut kepekatan
daun kesum
2 batang bunga kantan

Cara Membuat:
1.Tumbuk cili api dan kunyit.
2.Bila hancur masukkan tempoyak dalam lesung biar sebati dgn cili lalu dilumur pada ikan dan diperap sebentar biar sebati.
3.Masukkan ikan di dalam periuk kemudian masukkan air dan letakkan atas diatas api.
4.Masak hingga mendidih .
5.Masukkan garam , bunga kantan dan daun kesum.Masak sehingga mendidih.
6.Sedia untuk dihidang.

P/s :Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak memang sedap jika dimakan bersama nasi panas.Untuk sesiapa yang sukakan tempoyak boleh ditambah tempoyak sebelum dihidang.Lebih enak jika dihidang bersama teo ais .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5