Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ikan Percik

2 Comments

Saya memang suka lauk percik ni, tak kiralah ikan percik atau pun ayam percik. Dua-dua favourite saya. Saya suka juga percik versi Kelantan yang berwarna putih, tapi tak pernah lagi masak. Ok saya kongsikan resepi ikan percik yang saya belajar daripada mak saya. 🙂

Bahan-bahan (5-6 orang)

5-6 ekor ikan kembung
4 cawan santan
7 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
Sedikit kunyit hidup – dikisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu kecil asam jawa
3 batang serai – diketuk
1 sudu kecil halba
Garam dan gula
Kunyit dan garam – untuk dilumur pada ikan

Ikan yang saya panggang

Cara-cara

  1. Panggang atau bakar ikan yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga masak.
  2. Panaskan periuk atau kuali (tanpa minyak), kemudian masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili kisar, belacan, asam jawa dan serai. Kacau sehingga sekata.
  3. Apabila mendidih, masukkan halba. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila siap, curahkan kuah percik ke atas ikan.

2 comments on “Resepi Ikan Percik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5