Resepi Ikan Siakap Kukus Halia

ikan siakap kukus

Ikan siakap kukus halia bukan saja enak. Malah, ia juga membantu untuk membuang angin-angin di dalam badan.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor Ikan Siakap – telah dibersihkan dan kelar-kelar isinya
  • 1 ketul Halia – anggaran sepanjang 2 inci dihiris halus-halus
  • 3 biji Bawang merah – dihiris halus-halus
  • 2 ulas Bawang putih – dihiris halus-halus
  • 10 biji cili padi – dipotong kecil
  • Daun ketumbar secukup rasa (dihiris)
  • Daun bawang secukup rasa
  • 1/2 batang lobak merah – di hiris memanjang
  • 2-5 Cendawan shitake – dihiris halus-halus (cendawan lain pun boleh)
  • 1 biji limau nipis (diperah)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 sudu besar air

Cara Penyediaannya:

  1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur
  2. Masukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sehingga rata
  3. Masukkan ikan kedalam pengukus dan tuang campuran ramuan ke atas permukaan ikan
  4. Biarkan ikan dikukus selama 20-25 minit
  5. Ikan siap untuk dihidang. Boleh juga taburkan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan

Selamat mencuba resepi ikan siakap kukus halia ini di rumah dan jangan lupa share resepi ikan siakap kukus halia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *