Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu

No Comments

Resepi Tenggiri Masak Taucu sesuai dijadikan masakan tengahari yang berkuah , sangat mudah disedikan dan lazat dimakan.

image

Bahan-bahan:

1 keping ikan tenggiri
200 ml air
2 sudu besar taucu
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji cili padi (dipotong dua)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji cili merah (dihiris nipis)
5 biji baby tomato
Garam
Gula

Cara membuat:

1.Lumurkan ikan tenggiri dengan garam dan serbuk kunyit , goreng sehingga garing dan ketepikan.

2.Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik baunya.

3.Kemudian masukkan taucu dan kacau rata.

4.Masukkan air , cili padi , cili merah, baby tomato , garam dan gula secukup rasa.

5.Setelah mendidih , tuangkan ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.

6. Sedia untuk dinikmati.

P/s:Jangan lumur garam terlalu banyak pada ikan semasa menggoreng kerana taucu sudah mempunyai rasa masin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5