Resepi Dapur Malaysia

Resepi Jagung Bersalut Keju

No Comments

Resepi Jagung Bersalut Keju ok ? Resepi jagung bersalut keju amat mudah untuk untuk dibuat dimana ianya hanya memakan masa selama 20 minit sahaja untuk disiapkan.Masa yang dimaksudkan oleh Chef adalah , anggaran dalam 5 minit untuk anda menyediakan bahan dan 15 minit anggaran masa untuk dimasak.Selain sedap dan ringkas , menu ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Contohnya jagung , jagung sangat kaya dengan protein dan dapat menguatkan gigi , rambut , tulang dan hati manakala keju pula  padat dengan nutrisi, beberapa di antaranya vitamin seperti vitamin C, vitamin B6, vitamin B-12, vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K .

jagung bersalut keju

Bahan-bahan:
2 tongkol jagung – direbus
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
3 keping keju cheddar
Aluminium foil

Cara-cara membuat:
1.Letakkan keju di atas jagung kemudian taburkan lada hitam dan garam.
2.Balut dalam aluminium foil dan bakarlah selama 7 minit.
3.Setelah masak , siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi jagung bersalut keju perlulah di potong dahulu sebelum anda membakarnya.Ini kerana , ianya bagi memudahkan proses menghidang.Selain itu , jika anda ingin menyediakan hidangan ini , anda perlu memastikan bahawa anda membeli jagung yang manis dan betul-betul yang sudah masak.Disamping itu , jika anada ingin lebih menarik, anda boleh hidangkan resepi ini bersama air jus dan buah-buahan lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5