Resepi Dapur Malaysia

Resepi Jantung Pisang Goreng Berlada

4 Comments

Bahan-bahan (3-4 orang)

1 biji jantung pisang – dihiris nipis
7 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
4 sudu besar cili kisar
2 biji telur
Sedikit belacan
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Rebus jantung pisang sehingga lembut, kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga sekata.
  3. Pecahkan telur dan kacau supaya telur hancur.
  4. Masukkan jantung pisang, belacan, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika sebelum dihidangkan.

4 comments on “Resepi Jantung Pisang Goreng Berlada

  1. chewwaahh idea baru k nihh..slalu cicah budu jekk..hakhakk..mcm bestt ja nihh..pastie cuba balik kg nnt nihh..tq tq tq..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5