Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kacang Bersalut

No Comments

Resepi Kacang Bersalut ok ? Resepi ini merupakan resepi yang sangat mudah untuk dibuat.Jadi,apabila anda mempunyai masa lapang bolehlah mencuba resepi ini.Selain itu , resepi ini juga sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja khususnya sedang menonton televisyen , beriadah dan sebagainya.

tepung salut

Bahan-bahan:
600 gram kacang tanah
5 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
2 biji telur
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras

Cara-cara membuat:
1.Bersihkan kacang tanah tetapi jangan basuh
2.Masukkan kesemua bahan seperti bawang putih,serbuk cili,gula,garam,dan gula.Kemudian gaulkan sampai sebati dan biarkan garam dan gula hancur
3.Masukkan tepung gandum dan tepung beras dan pastikan tepung membalut kacang tanah
4.Panaskan minyak dan goreng dengan menggunakan api sederhana
5.Akhir sekali,apabila sudah masak, angkat dan tapis

P/s : Resepi Kacang Salut sesuai di makan ketika sedang beriadah.Selain itu , kalau nak lagi sedap lebihkan lagi serbuk cili.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5