Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kalio Daging

No Comments

Resepi Kalio Daging ok ? Menu ini asalnya daripada negara jiran dan sangat popular di masak style padang , sumatera barat dan kalimantan . Menu ini sangat mudah untuk dimasak , cara untuk memasaknya agak sama seperti anda memasak rendang akan tetapi resepi ini mempunyai kuah manakala rendang tidak mempunyai kuah . Masakan kalio ini selalunya dimasak dengan menggunakan daging lembu , jika anda ingin menukarnya kepada ayam , kambing , itik dan sebagainya pon boleh .

kalio daging

Bahan-bahan:
1kilo daging – dipotong nipis
25 gramm ketumbar – disangai & ditumbuk
1 biji kelapa segar
100 ml minyak masak
2 batang serai – diketuk
2 helai daun limau puru – dihiris
1 helai daun kunyit – dihiris
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula merah secukup rasa

Bahan untuk dikisar:
100 gram cili merah
12 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 sudu makan halia
1 sudu makan kunyit hidup
Cara-cara membuat:

1.Tumiskan bahan yang telah dikisar sampai naik bau kemudian masukkan daging, santan dan ketumbar , masak hingga mendidih.
2.Masukkan serai, daun kunyit, limau purut, air asam jawa, garam dan gula merah.Kemudian kacau lagi sehingga sebati dan mendidih.
3.Didihkan sampai daging empuk sebelum dihidang.
4.Jika kuahnya kering dan daging belum empuk bolehlah ditambah airnya.

P/s : Resepi Kalio Daging ini perlu menggunakan santan yang segar untuk mengekalkan rasanya yang istimewa dan sedap . Selain itu , jangan gunakan api yang terlalu kecil dan api yang terlalu besar kerana jika menggunakan api yang terlalu besar takut kuahnya cepat kering dan daging tidak menjadi masak dan empuk begitu jiuga sebaliknya. Resepi ini boleh dimakan bersama nasi putih , lemang dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5