Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kambing Asam Pedas Cili

No Comments

Resepi Kambing Asam Pedas Cili ok? Resepi ini sangat sedap,mudah untuk dimasak dan sangat ringkas.

Sudah pastinya anda tidak akan menyesal jika memasaknya kerana kambing  masak pedas cili ini adalah resepi yang unik dan sangat lazat daripada Chef.

asam pedas chili kambing

Bahan-bahan mentah:
setengah kilo daging kambing – dipotong
12 biji bawang merah – dihiris nipis.
4 ulas bawang putih – dihiris nipis
3 setengah sudu makan serbuk kari
7 biji cili padi (atau ikut tahap kepedasan) – dipotong serong
4 helai daun salam
4 helai daun limau purut
Air – secukupnya
1 sudu besar air asam jawa
Garam,gula,serbuk perasa dan kicap manis secukup rasa.

Cara-Cara untuk memasak:
1.Tumiskan daun salam,bawang putih,bawang merah dan daun limau purut sehingga baunya naik.
2.Masukkan daging kambing yang telah dicuci bersih ke dalam bahan yang telah ditumis.
3.Masukkan serbuk kari,gula dan garam tadi kemudian kacau rata sehingga daging berubah warna menjadi sedikit hitam.
4.Tambah sedikit air kemudian masukkan kicap.
5.Gaul lagi sehigga rata kemudian biarkan ia sebati dan meresap ke dalam daging.
6.Masukkan cili padi dan air asam jawa.
7.Kacau lagi sampai sebati dan tunggu sampai ia empuk dan masak.
8.Biarkan kuahnya kering sedikit.
9.Sudah boleh dihidangkan.

P/s:Resepi Kambing Masak Asam Pedas Cili ini lebih sedap jika dibiarkan pedas sedikit dan banyakkan kuahnya sebab kuahnya yang akan membuatkan nasi kita terasa sedap apabila dimakan.Selain itu,jika anda rasa bahawa masakan anda tidak begitu masak,tetapi kuahnya sudah hendak kering,anda boleh menambah sedikit air panas kedalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5