Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kambing Masak Merah

No Comments

Resepi Kambing Masak Merah okay? Selalunya masakan yang berasaskan kambing ini adalah kepakaran tukang masak yang berasal dari india,nepal,bangladesh atau nama lainnya mamak.Selain itu,hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang pandai memasak hidangan ini.

Ini kerana,mereka tidak dapat menghilangkan bau hamis kambing tersebut dengan sebetulnya dan membuatkan orang yang memakannya rasa mual dan ingin muntah.Oleh itu,Chef ingin mengajar cara-cara untuk memasak kambing masak merah dengan sedap dan tidak berbau hamis.

kambing masak merah

Bahan-bahan mentah:
500gram daging kambing
1 biji santan segar
3 biji bawang besar – 1 dipotong
6 helai daun kari
6 keping asam keping
Garam dan gula (cukup rasa)
Air (setakat cukup)

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat (nak kisar pon boleh):
12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
12 tangkai lada kering (ikut tahap kepedasan)
8 biji lada merah
6 batang serai
halia – agak-agak je
1 sudu kecil jintan manis
3 sudu besar serbuk cili

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak masak kemudian tumiskan semua bahan yang ditumbuk lumat tadi bersama daun kari sehingga pecah
minyak.
2.Masukkan daging kambing bersama secawan kecil air dan biarkan seketika hingga daging tersebut empuk.
3.Jika sudah daging telah empuk masukkan santan segar dan asam keping tadi kemudian biarkan seketika sehingga mendidih.
4.Kacau sehingga rata.
5.Perasakan dengan garam dan juga gula secukup rasa kemudian biarkan sehingga masak.
6.Sudap siap dan boleh dihidangkan.

P/s:Resepi Daging Masak Merah lebih sedap jika dimasak pedas dan biarkan sambalnya yang banyak.Selain itu,jika dibiarkan kering sedikit kuahnya juga lebih sedap.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5