Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kari Ayam Kampung

No Comments

Resepi Kari Ayam Kampung ok? Seperti yang anda tahu,ayam kampung amatlah sedap jika dimasak rendang.Selain itu,anda juga perlu tahu bahawa ayam kampung juga sangat enak jika dimasak kari.Walaubagaimanapun,tidak hairanlah jika harga pasaran bagi ayam kampung agak mahal kerana rasanya yang sedap,berlemak dan manis.

Sila rujuk di bahagian bawah untuk belajar cara-cara memasak resepi ini.

kari ayam kampung

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung (ayam jantan lagi sedap)
Satu biji santan segar
1 liter santan cair
Air secukupnya
3 sudu besar rempah kari daging
2 keping asam keping
3 sudu besar cili kisar (lagi banyak lagi sedap)
4 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan yang perlu dikisar halus:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia tua
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan untuk tumisan:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaha
4 pelepah daun kari
5 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris

Cara-cara membuat:
1.Potong ayam tersebut ikut suka kemudian dibasuh sehingga bersih serta tos kan.
2.Bancuh kan bahan yang di kisar halus bersama rempah kari kemudian kacau sehingga sebati.
3.Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan semua bahan tumisan sehingga naik bau.
4.Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
5.Tambah rempah kari dalam bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
6.Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati kemudian masak sehingga ayam kecut dan tuang santan cair.
7.Masak ayam sampai empuk, jika kurang kuah tambahkan air kemudian masukkan asam gelugor, kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula serta Kacau sehingga rata.
8.Masukkan santan, lepastu kacau dan masak dengan menggunakan api kecil sambil dikacau sekali sekala Kemudian rasa, jika sudah rasa ok boleh matikan api.
9.Siap untuk dihidang.

P/s:Resepi Kari Ayam Kampung lebih sedap jika dimasak tidak terlalu lama kerana dikhuatiri ayam tersebut kurang manis.Selain itu,basuh dahulu ayam tersebut dengan menggunakan tepung untuk elakkan bau hanyir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5