Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kari Ikan Tongkol

No Comments

Resepi Kari Ikan Tongkol ok? Ikan tongkol masak kari ni ramai orang buat untuk makan bersama nasi dagang, tetapi kalau anda mahu makan bersama nasi putih pon sedap.

Jika anda inginkan masakan yang sedap sila ikuti resepi ini.

ikn

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
1 ekor ikan tongkol hitam
2 biji terung dan 12 biji tomato cherry – Dibasuh dan dibelah
2 susu besar serbuk kari ketam adabi,1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging
1 sudu setengah serbuk cili

Bahan-bahan yang perlu dikisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
rempah penumis
1 batang kayu manis,2 kuntum bunga lawang,5 biji cengkih,3 biji buah pelaga dan secubit biji sawi
1 biji santan segar
setengah gelas air asam jawa
garam,serbuk perasa dan air secukupnya
minyak

Cara-cara memasak:
1.Bersihkan ikan kemudian direndam bersama air sama jawa selama 10 minit
2.Serbuk kari ketam,ayam serta serbuk cili di sebatikan dan di campur dengan setengah gelas air kemudian dikacau sehingga sebati
menjadi pes
3.Panaskan kuali sebab nak tumiskan rempah,diikuti dengan bahan-bahan kisar dan ditumis hingga kekuningan serta naik bau.
4.Masukkan pes ketiga-tiga jenis serbuk tadi dan tumis lagi sampai ringan dan garing.
5.Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga mendidih.
6.Cuci sekali lagi ikan yang sudah direndam dengan air asam tadi kemudian masukkan kedalam kuah yang telah mendidih dan diikuti dengan terung dan santan serta biarkan mendidih sekali lagi.
7.Sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
8.Akhir sekali,selepas mendidih dengan sempurna masukkan tomato dan tutup tudung periuk seta biarkan selama 3 minit sebelum ditutup api.
9.Sedia untuk dihidang.

P/s:Resepi Kari Ikan Tongkol sangat sedap jika dimakan bersama nasi dagang.Selain itu lebih sedap jika anda gunakan santan segar dan biarkan kuahnya pekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5