Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kari Kepala Ikan

No Comments

Resepi Kari Kepala Ikan ok? Seperti yang kita tahu bahawa resepi ini memang sangat sedap dan ianya diantara menu yang akan laris di setiap restoran.Selain itu,apabila kita makan menu ini kita akan dapat rasakan yang ianya sangat berlemak dan sangat manis.Akan tetapi,jika kita ingin makan di restoran kita perlulah menyediakan duit poket awal-awal kerana menu ini sangat mahal.

Walaubagaimanapun,anda dapat menjimatkan separuh kos makan anda dikedai jika anda pandai untuk memasaknya sendiri.Oleh itu Chef akan tunjukkan bahan-bahan yang anda diperlukan untuk memasak resepi ini dibawah:

kari kepala ikan

bahan-bahan :
Kepala ikan ikan merah
kacang bendi – ikut suka banyak mana tapi jangan terlalu banyak
6 biji bawang merah – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
2 tangkai daun kari
tomato – belah 4
4 sudu besar serbuk kari ikan Adabi – bancuh dulu dengan air sikit
garam dan sedikit gula
air asam jawa

Cara-cara membuat :
1.Bersihkan terlebih dahulu kepala ikan tersebut dan letakkan ketepi
2.Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur sampai naik aroma kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang telah dibancuh tadi serta tumiskan sehingga pecah minyak.
3..Masukkan air secukupnya kemudian kacau sehingga sebati dan biarkan ianya mendidih.
4.Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi serta masukkan garam dan gula.
6.Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan juga tomato.
7.Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

P/s : Resepi Kari Kepala Ikan lebih sedap jika dimasak lebih lama sedikit dan makanlah bersama sambal belacan.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5