Resepi Karipap Kentang

Bahan-bahan (inti) – 45 biji

3-4 biji kentang bersaiz besar – dipotong dadu
200 g daging cincang / daging dipotong dadu
3 ulas bawang merah – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
1 kiub pati daging
5-6 helai daun kari
1 cawan air
Garam dan gula

Bahan-bahan (doh)

300 g tepung gandum
2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
Sedikit garam
1 cawan air sejuk

Cara-cara

  1. Untuk inti – panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
  3. Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
  4. Masukkan air dan kentang.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak kentang sehingga empuk.
  1. Untuk doh – gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
  4. Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
  5. Kelim di bahagian tepi. Saya guna pengepit karipap je, memang cepat tapi mudah terbuka masa goreng.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
  7. Siap untuk dihidangkan.

[WD_FB id="1"]
26 Comments
  1. 6 years ago
    Lya

    wah pandainya buat karipap. saya buat karipap, kulit dia tuh, dia punya rangup tuh x lama. pastu kejap je kulit dia dah mcm berkedut2. pastu malas nak buat dah.hihi

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      tips nak bagi rangup, panaskan minyak dan mentega. lepas tu guna air sejuk.

      Reply
  2. 6 years ago
    isza

    bila agaknya aya nak buat karipap..
    karipap segera yang saya goreng pun hangus..

    Reply
  3. 6 years ago
    Alexa Adriana

    haha, baru buat karipap semalam. karipap kentang gak, hehe

    Reply
  4. 6 years ago
    Fazreen

    amir, ko buat ke karipap ni? berbakat juga ang ni

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Haah, buat sendiri je. 🙂

      Reply
  5. 6 years ago
    titan

    fuhh..dah lama tak makan karipap nih..

    Reply
  6. 6 years ago
    elnie

    salam… sy mmg suke mkn karipap tp xreti buat, sy ingt buat karipap ni susah n leceh skit tp biler dh ade resipi ni sy nk try buat lah… terima kasih amir =)

    Reply
  7. 6 years ago
    zainal

    nak tanya, tips kata panas kan minyak dan mentega. nak tunggu sejuk ke minyak tu baru uli dgn tepung?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Jangan tunggu sejuk, uli masa tengah panas tu. Cuba gaul dengan sudu dulu, kemudian baru uli dengan tangan.

      Reply
  8. 6 years ago
    ibu haziq

    dah try buat karipap…tapi kulitnya agak liat, tak rangup kenapa yea…

    Reply
  9. 6 years ago
    addin

    sdapnye karipap 2..yummy2 🙂

    Reply
  10. 6 years ago
    amani

    sye blaja wat karipap sbb anak2 ske mkn..kalo beli paham2 je la…kulit besa tp inti ciput..sbb tu sye tekad blaja ngan mertua …kalo nk bg karipap lembut wlu da sjk…biarkn doh seketika sebelum membuat karipap…dan tuk bg crispy…ltk myk yg tlh dipanaskan pastu sjkkn kjp br tuang dlm tepung…slmt mencuba.

    Reply
  11. 5 years ago
    manjeee sweet

    bgsla lelaki pandai wat karipap…jarang sy jumpe lelaki yang pos resepi karipap kt intenet ni…bgs2…. wa calik u bro… tp nk wat doh die tu byk mane tepung n gune tepung ape…??pastu nk mahir keling karipap ni mcm mane???ade tips x?

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Saya guna tepung gandum. Saya tak berapa mahir nak keling karipap. Saya guna acuan karipap tu je.

      Reply
  12. 5 years ago
    nieyda_gadis biasa

    salaam….. tq sbb bagi penerangan mngenai karipap……

    Reply
  13. 5 years ago
    nizah shamsuri

    Saya nak cari petua goreng karipap, supaya kulitnya licin dan x kedut2 & mcmmane nk goreng banyak2?

    Reply
    • 5 years ago
      sharifah

      kalau kulit taknak kedut, goreng karipap waktu minyak tak begitu panas. kalau letak karipap dlm kuali masa minyak tgh hot giler memang kulit karipap akan mengelembung.

      Reply
  14. 5 years ago
    nurulfairuz

    nk try buat lh..mngidam nk mkn karipap ni.huhu

    Reply
  15. 5 years ago
    ARYZAL

    HA,HAHAHAH KITE PUN BR WAT….

    Reply
  16. 5 years ago
    yuvalavin

    sedap………..karipap

    Reply
  17. 5 years ago
    Suhaila Binti Hamzah

    a’kum..saya nak belajar buat karipap ini tapi tak tahu , takut tak menjadi. anak@ saya memang suka mkn karipap….ada pic tak cara@mengadunkan tepung itu…TQ.

    Reply
  18. 4 years ago
    noreen

    saya buat karipap… tapi lepas kelim… jd mcm karipap da… lepas 2 sy letak dalam talam… lepas 2 karipap 2 jd pecah… kuar inti… mcm mane ek?? mcm xlekat je kelim 2… sy kelim guna acuan dia…

    Reply
  19. 3 years ago
    cik matahariku

    wahh..karipapinti kentang ni favourite husbnd dan ank2saya..:) kalau ikut petua yang mak saya ajar,cara nak elak kelim tepi kulit karipap ni terbukak ialah sapu sedikit air masak dekat tempat kita nak kelim tu.Kalau guna acuan karipap, sapu dekat ruang antara kelim tu sebelum kita rapatkan dia..paham ke idak ni..takut berbelit-belit ayat saya..heee,

    Reply
  20. 1 year ago
    Mimi

    Mmm nak buat tapi x ada masa hihihi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *