Dapur Malaysia

Resepi Kek Batik Milo

85 Comments

Bahan-bahan (1 dulang)

250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur

Cara-cara

  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Gambar (step by step)

Patahkan biskut marie menjadi dua kepingan.

Campurkan semua bahan kecuali butter.

Kacau sehingga sekata.

Panaskan campuran milo dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan butter.

Setelah campuran milo menjadi pekat, masukkan biskut dan gaul sehingga sekata.

Mampatkan dalam bekas, biarkan seketika sebelum ditutup (untuk elakkan wap).
Sejukkan dalam peti sejuk.

Siap untuk dihidangkan

Terima kasih kepada housemate saya, Asyraaf Kadir yang sudi meluangkan masa untuk ambil gambar step by step. :-)

85 comments on “Resepi Kek Batik Milo

  1. dah dekat 2 thn xmkn,last mkn adik ipar wat tp xckup le.dulu beli 1slice rm0.50 sen but now dh dpt resepi,just try at home le

  2. matahari.pelangi.503

    salam
    saye pandai buat kek noe
    tp mase nk pindahkan kek dr loyang ke pinggan tuh x pandai
    dyer jd hancur~

    • Tak cair pun. Panaskan dan kacau adunan dalam periuk tu sehingga pekat, kemudian gaul dengan biskut marie.

  3. saya nak tngok sendiri cara macam mana buat biskut batik melo sebab sebelum ni saya dah cuba tapi tak jadi betul2 macam biskut batik melo coklat

    • Saya tak pernah cuba. Tapi rasanya tak ada masalah kalau nak guna perisa lain seperti strawberry, blueberry dsb. Tapi kena pandai2 la adjust bahan-bahan tu. :-)

  4. Alhamdulillah, setelah sekian lama saya mencari resepi ini dan dah cuba beberapa resepi kek biskut marie ni sume tk berapa jadi. Tetapi yang ni menjadi……sukanya hati saya sebab anak-anak saya semua sukakan kek ni. Saya buat sebiji lagi utk hantar ke asrama anak saya n share dg kekawan dia, sume cakap sedap. Terima kasih

  5. Adunan ni best! Cukup rasanya. Dh try byk adunan tapi yg ni cukup lemak n manisnya. X yh nk edit2 dh. Just follow jer. Dh 2 kali buat dlm 1mggu. Semua yg mkn kata sedap. Tq share resepi ni. Best! Terbaaeeek!

  6. terima kasih share resepi…sedap sgt2 dan menjadi…suami dan anak2 makan tak cukup2…nampaknya kena buat lg la esok….hehehe :)

  7. Nampak best je…. dan nampak cam senang je nak buat kerana dah ade tutorial bergambar…terima kasih kongsi resepi dan cara pembuatan nya

  8. salammz..lame dh tingin nk wt kuih batik ni..tp xdan nk cari dlm intnt..akhirnya ngn resepi amir said ni jgk yg tpilih..tgk dr komen2 kt cni sume kata bestt n terrbaikk sooo rugi kalo x try nihh..hehheeh..arap2 dah buat nnt menjadi laa..tq ya amir..:)

  9. dpt gk cari resepi nie.hehe.akhirnya jumpa gk.. mesti kne buat nie sbb dh lama xbuat n resepinya mcm lain sikit mcm dulu..

    • Pernah cuba resepi ni ke dulu? Saya cuma tambah gambar step by step je, tak ubah pun resepi.

  10. Azlina Hussin

    saya dah tengok resepi kat blog dapur malaysia, semuanya sedap2… nnt bila free nak cuba wat…

  11. Annuar Ahmad Al-Haj

    Terima kasih. Sy telah mencubanya dan hasil yg baik. Dpt buat utk kwn2 anak sy yg akan dtg Raya hari ini

  12. memang butter perlu letak kemudian ke? kalau panaskan butter sebagai step pertama boleh? and, butter lebih baik letak sedikit atau banyak? thank you :)

    • Kalau nak panaskan butter dulu pun rasanya takde masalah. Butter better letak cukup2 atau lebih sikit je.

  13. azlela ismail

    tq sebab kongsi resepi….saya dah cuba …sedap.. secukup rasa….x manis sangat…..tapi saya tambah 1 sachet 3 in 1 nescaffe….rasanya…lagi sedap….

  14. dah kempunan tgok cara cara dan gambar kek batik ni~~~tak sabar dah nak makan!~~i tak pandai masak lah,so,cuma boleh tunggu ada org tolong masakkan jer kan? :) Apepun i tetap laper nak maken :(

  15. baru je try buat.. tengah sejukkan.. makan yg lekat kat senduk tu sedap! haha.. tapi susunan biskut agak tunggang langgang.. =D

  16. hari tu buat tak jadi sbb hari tu punya resepi (resepi blog lain) tak pakai telur and result nya macam keras sikit. This time nak try yang pakai telur pulak. Keh keh. Thanks for the recipe by the way.

  17. salam…smlm sy ade try buat..tp knapa adunan tu jd bketul2 ye mse sy panaskan?(b4 msukkan biskut marrie..)ni 1st time sy buat kek batik pkai telur..so sy assume sbb telur kot.. :)..tp tgok awk punya cm cantik je..xde nmpk berketul2.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>