Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kek Butter

No Comments

Resepi Kek Butter adalah resepi kek yang paling mudah disediakan dan sedap dimakan dengan salutan coklat atau strawberry.

image

Bahan-bahan:
300 gram tepung gandum
200 gram gula halus
200 gram butter
4 biji telur
2 sudu kecil baking powder
5 sudu besar susu pekat manis
1 cawan susu sejat

Cara membuat:
1.Pukul butter , gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu .
2.Pukul lagi dan masukkan susu pekat , susu sejat dan pukul hingga sebati.
3.Ayak tepung , baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga tepung habis.
4.Bakar adunan selama 45 minit pada suhu 160c.
5.Tunggu kek sedikit sejuk , boleh dipotong dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:Kemanisan kek boleh dikurangkan dengan mengurangkan kuantiti gula dan susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5