Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kek Gula Hangus

No Comments

Resepi Kek Gula hangus adalah antara kek yang paling mudah dan senang untuk disediakan malah mempunyai rasa yang sedap dan berbeza dari kek majerin yang sedikit sukar cara penyediaannya.

image

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara membuat:

1.Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan.
2.Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati-hati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup (tutup periuk untuk elakkan terkena percikan).
3.Kemudian masukkan mentega dan sejukkan.
4.Pukul telur sehingga kembang dan pekat , masukkan susu pekat dan kacau sebati.
5.Ayak tepung dan soda bikarbonat (masukkan sedikit demi sedikit).
6.Akhir sekali, masukkan masukkan esen vanila dan kacau rata (perap adunan selama 3-4 jam).
7.Bakar dengan api sederhana antara 160c – 180c selama 45 minit – 1 jam.

P/s:Resepi Kek Gula Hangus sangat sesuai dihidangkan bersama teh panas dan sesuai untuk makan petang .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5