Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kek Kukus Oren

No Comments

Resepi Kek Kukus Oren sangat mudah dan ringkas untuk disediakan.

kek kukuih

Bahan-bahan :

10 biji telur (asingkan putih telur dengan kuning telur)
12 oz mentega
10 oz gula halus
9 oz tepung gandum
5 oz susu cair
1 biji limau sunkist (parut kulitnya dan ambil jusnya sebanyak satu sudu teh)
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus

Cara Membuat :

1.Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dikacau didalam besen aluminium sehingga gebu dan putih.Kemudian , masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan tersebut sehingga sebati.

2.Pukul putih telur tersebut bersama baking powder sehingga adunanya kembang.

3.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan masukkan kuning telur tersebut sebiji demi sebiji sehingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi supaya sebati .

4.Masukkan tepung, kacau sehingga sebati dan tuangkannya ke dalam loyang.Kemudian kukuskannya sehingga masak .

P/s : Resepi Kek Kukus Oren sesuai dihidang bersama caramel Latte , Cappucino dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5