Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kek Kukus Oreo Cheese

No Comments

Resepi Kek Kukus Oreo Cheese ok ? Resepi ini sangat mudah untuk dibuat kerana anda tidak perlu pening kepala jika tiada oven dirumah.Ini kerana,anda hanya perlu menggunakan pengukus sahaja dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini sangatlah mudah untuk dicari.

Selain mudah untuk dibuat,resepi ini juga sangatlah sedap kerana teksturnya yang amat lembut,rasanya yang manis dan juga sedikit masam.Bak kata Ibu Chef memang terangkatlah kalau makan.hehe

kek kukus oreo cheese

 

 

Bahan-bahan untuk alas bawah:
30 keping biskut oreo – dibuang krim tengahnya dan dikisar halus
1/4 cawan butter – cairkan

Cara-cara membuatnya:
1.Kisarkan semua oreo tadi dan masukkan kedalam loyang (guna loyang yang betul-betul muat)
2.Campurkan buttercup yang telah cair tadi kedalam oreo
3.Kemudian tekan / padatkan di dalam loyang
4.Chill sekejap dalam peti sejuk

Bahan-bahan untuk buat kek cheese:
250 gram krim cheese
3 biji telur
1 cawan gula
setengah tin susu cair
3 sudu makan jus lemon
Parutan kulit lemon – sikit je
1 camca esen vanilla
3 sudu makan tepung kastard
1 cawan Oreo – yang dipotong halus

Cara-cara untuk membuat:
1.Pukulkan gula bersama krim cheese,setelah sudah sebati dan gula telah hancur masukkan pula telur satu demi satu serta pukul lagi sehingga sebati
2.Kemudian masukkan susu cair, esen vanilla, tepung kastard, jus lemon dan parutan kulit lemon.
3.Lepastu kacau lagi kemudian barulah masukkan Oreo yang telah dicincang serta masukkan ke dalam loyang.
4.Tutup loyang dengan menggunakan kertas aluminium.
5.Kukus selama 1 jam dan sedia untuk dihidang.

P/s:Resepi Kek Kukus Oreo Cheese ini tidak perlu dikukus dengan begitu lama kerana takut ianya terlampau kering dan tidak moist.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5