Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kek Marble Susu

No Comments

Resepi Kek Marble Susu merupakan salah satu kepelbagaian kek yang terdapat di Malaysia , yang mana kek ini mudah disediakan dan disukai ramai.

image

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castor/gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna (mengikut citarasa)

Cara membuat:
1.Pukul majerin bersama gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan telur satu persatu.
3.Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4.Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata hingga sebati.
5.Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder.
6.Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut mengikut citarasa .
7.Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas minyak.
8.Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa dan bakar selama 40 minit dengan suhu 160c sehingga masak.

P/s:Resepi Kek Marble Susu sangat sesuai dihidangkan bersama kopi panas semasa minum petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5