Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kek Snow Cheese

No Comments

Resepi Kek Snow Cheese  merupakan resepi cake yang sangat popular sekarang. Dibuat oleh Chef Adam confirm sedap!
cheese cake

 

 

 

 

 

Bahan-bahan :

6 biji kuning telur
100 gram gula halus
100 gram tepung Blue key
60 gram tepung jagung
50 gram air sejuk
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk Cream :

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang kita mahu
(satukan kedua bahan dan putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Topping :

1/2 kotak Cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

 

Cara – Cara Membuat :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar atau kacau.

2. Putar atau kacau dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter bagi mengelakkan ia melekat.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk sebelum mengeluarkan kek tersebut.

Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek agar menjadi 2 bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Sedia untuk dihidangkan.

 

P/s: Resepi kek Snow Cheese ini sangat mudah untuk disediakan. Ianya juga sesuai untuk dimasak sebagai hidangan jamuan atau parti hari jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5