Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kentang Bakar

No Comments

Resepi Kentang Bakar merupakan resepi yang sangat menarik dan sedap.Cara penyediaan yang mudah dan kos yang murah tetapi mengenyangkan.

image

Bahan-bahan:

8-10 biji kentang -sederhana besar
Garam
Keju mozarella

Cara membuat:
1.Bersihkan semua kentang dan rebus tanpa potong dan tanpa dibuang kulit.
2.Rebus hingga boleh dicucuk dengan lidi (jangan rebus sampai lembik).
3.Garam ditabur dalam rebusan bila kentang hampir masak.
4.Bila kentang empuk terus rendamkan ke dalam air sejuk.

Untuk Inti:
250 gram daging cincang / ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Cendawan dalam tin
1 biji tomato
Sedikit lada hitam
Lada sulah
Sedikit sos tomato
Sedikit tumix ayam
Daun sup
Garam
Gula
Cili benggala

Cara menbuat::
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2.Masukkan daging dan goreng sebentar hingga daging separa masak.
3.Masukkan tomato dan cendawan yang dipotong dadu.
4.Perasakan dengan bahan-bahan perasa diatas secukup rasa.
5.Akhirnya , boleh masukkan cili benggala dan tutup api.
6.Ambil kentang yang telah disejukkan tadi , buatkan bentuk bulat ditengan-tengah kentang (isinya dicampur dengan inti tadi).
7.Masukkan inti bersama kentang kedalam kentang yang telah dibentuk dtengah tadi dan taburkan keju mozarella dan daun sup di atasnya.
8.Bakar selama 10 -15 minit pada suhu 180c selama 10 minit.
9.Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kentang Bakar sesuai dimakan bersama roti dan daging bakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5