Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kentang Goreng Keju Dan Daging

No Comments

Resepi Kentang Goreng Keju Dan Daging ok ? ┬áSedikit info yang anda perlu tahu tentang resipi ini ialah , ianya mengambil masa selama 10 minit untuk menyediakan kesemua bahan seperti memotong , mencencang , membeli dan sebagainya.Manakala masa yang diambil untuk memasaknya pula hanya 15 minit sahaja.Selain itu , bahan – bahan yang Chef nyatakan dibawah ini adalah untuk 4 orang makan , jika anda ingin makan beramai-ramai , bolehlah tambah lagi bahan-bahannya.

kentang goreng keju dan daging

Bahan-bahan:
2 biji kentang – dipotong wedges
1 mangkuk daging cencang
1 mangkuk keju cheddar – diparut
1 cawan minyak masak

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali.Kemudian , gorengkan kentang tersebut sehingga warnanya kekuningan.
2.Angkat dan toskan.
3.Tinggalkan 2 sudu makan minyak masak kemudian gorengkan daging tadi sehingga ianya masak.
4.Masukkan kentang yang sudah digoreng tadi ke dalam pekas tahan panas.
5.Kemudian taburkan keju cheddar dan daging cencang di atas kentang tadi.
6.Akhir sekali , panaskan bahan tadi di dalam microwave selama 3 minit dan sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Kentang Goreng Keju Dan Daging akan menjadi lebih sedap jika anda gorengkan kentang tersebut terlebih dahulu dengan tepung sebelum membakarnya.Selain itu , anda tidak boleh biarkan ianya panas lebih daripada 3 minit kerana takut ianya terlalu kering dan kurang sedap.Disamping itu , apabila hidangan ini siap , anda boleh hiaskannya bersama daun pudina dan bolehlah dihidangkan bersama ice lemon tea & sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5