Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kepak Ayam Berempah

No Comments

Resepi Kepak Ayam Berempah ok? Untuk membuat resepi ini,bahan utama yang anda perlukan hanyalah kepak ayam dan bermacam jenis rempah tetapi tidaklah terlalu banyak rempah yang digunakan.Antara fungsi rempah didalam masakan ini adalah untuk menambahkan lagi kesedapan kepada kepak ayam tersebut.Untuk mendapatkan ramuan yang lain,sila rujuk dibawah:

kepak ayam berempah

Bahan-bahan:
12 ketul kepak ayam – dibasuh sehingga bersih
10 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
sedikit inci halia (dalam seinci) – ditumbuk
1 setengah sudu besar lada hitam – ditumbuk
2 batang serai – dihiris dan ditumbuk
sedikit daun ketumbar – ditumbuk
setengah sudu besar rempah kurma
1 sudu besar setengah kicap pekat
3 sudu besar sos cili
madu/gula apong/gula melaka secukupnya
garam
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuat:
1.Cucukkan kesemua ayam yang telah dibasuh bersih dengan lidi satay
2.Satukan kesemua bahagian ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak
3.Gaulkan sehingga sebati kemudian perapkan selama 3 jam
4.Selepas itu,ratakan ayam dengan minyak masak kemudian letakkan ayam ke dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan aluminium foil
5.Kemudian panggang ayam tersebut sehingga masak dan perlu terbalikkan ayam selalu supaya ayam tersebut masak dengan sekata
6.Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam
7.Siap

P/s:Resepi Kepak Ayam Berempah lebih sedap jika diperap dengan lebih lama.Selain itu,jika tidak mahu kepak itu hanyir perlulah dibasuh dengan tepung dahulu.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5