Resepi Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahan (4-5 orang)

1 biji jantung pisang
1 ekor ikan (dikukus)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
5 biji cili merah (dihiris)
1 senduk santan
1/2 biji limau nipis
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipis jantung pisang. Rebus sehingga empuk.
  2. Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.
  3. Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. Gaulkan bersama-sama cili yang telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.
  4. Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.
  5. Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam santan.
  6. Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Kerabu jantung pisang ni salah satu menu berbuka puasa di rumah saya semalam. Ini percubaan pertama saya masak kerabu jantung pisang guna resepi mak saya. Sebenarnya saya ada ubah sikit resepi sebab malas nak beli ikan. Almaklumlah ikan-ikan kat Aussie ni mahal sikit. Kitorang kat sini selalunya makan ayam je setiap hari. So sebagai ganti ikan kukus, saya guna ikan bilis yang dikisar bersama-sama lada hitam dan bawang merah. Lagi satu, jangan masak lama-lama santan tu sebab kalau pecah minyak, nanti rasanya tak sedap. Panaskan dalam 2-3 minit je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

52 thoughts on “Resepi Kerabu Jantung Pisang

  1. Hebatnye abg oh Malaysia.. lepas nie masakkan untuk I bleh~~ hahaha a amir, mane dpt jantung pisang? tak pahit ke? LOL

    ps: nantikan kembara masak aku gk! aku dh ke Singapore, Italy, nex week nak pegi Philliphine plak InsyaALLAH hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>