Resepi Kerabu Mangga Ala Thai

kerabu-mangga

Hai semua! Harini chef akan berkongsi satu resepi dengan anda semua yang meminati kerabu mangga ala thai ini. Sangat mudah dan sedap. Jom semak resepi ini sama-sama.

 

 

 

 

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga muda
  • 1 biji tomato
  • Sedikit ikan bilis-dibersihkan dan dibelah dua – digoreng
  • 1 biji bawang merah – dimayang
  • 5 tangkai cili padi – dipotong halus
  • 1 1/2 sudu sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • Gula secukupnya

kerabu 2

Cara-cara menyediakannya:


1. Satukan mangga muda dengan tomato yang dihiris halus.
2. Masukkan sos ikan, bawang yang telah dipotong  halus, selepas itu masukkan pula cili padi dan perahkan limau nipis
3. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng – gaul hingga rata.
4. Akhir sekali, masukkan gula dan dah siap untuk dihidangkan.

 

 

Anda boleh hidangkan resepi di atas ini dengan nasi. Jangan lupa untuk share setelah mencubanya. Good luck semua!

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *