Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kerabu Pucuk Paku

No Comments

Kerabu Pucuk Paku merupakan salah satu resepi kerabu yang sangat popular.Kerabu Pucuk Paku sangat mudah disediakan dan juga sedap dimakan.

image

Bahan-Bahan
1 ikat pucuk paku (dipotong pendek dan celur dengan air panas)
1 kg kerang (direbus dengan sedikit garam dan ambil isinya)
1 genggam taugeh (dicelur air panas)
1 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris nipis)

Dikisar:-
3 inci lengkuas
5 batang serai
1 cawan pati santan
Garam
1 inci belacan
3 sudu besar kerisik
10 biji cili padi (lebihkan kalau suka pedas)

Cara membuat:
1.Masak seketika bahan yang dikisar.
2.Biarkan sejuk seketika.
3.Gaulkan bersama pucuk paku , isi kerang , taugeh dan hirisan bawang besar.
4.Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Kerabu Pucuk Paku sesuai dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5