Resepi Kerabu Sotong

Bahan-bahan (5-6 orang)

400 gm sotong
1 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada merah
3 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

  1. Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian toskan. Hiris nipis-nipis.
  2. Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis.
  3. Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul hingga sekata.
  4. Siap untuk dihidangkan.
4 Comments
  1. 5 years ago
    fina fento

    Oh sedap sedap. Kalau takde sotong, tolak 2 3 bahan dah jadi sambal tomato :p

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Macam mana ye rupa sambal tomato? Tak pernah buat.

      Reply
  2. 5 years ago
    maizatul akmar

    Rasanya lebih kurang mcm pencicah utk ikan bakar..:D

    Reply
  3. 4 years ago
    Alizah

    Hmm..Sedap ni..tengok rupa pun bleh rasa keenakannya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *