Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kerabu Taugeh Kerang

No Comments

Resepi Kerabu Taugeh Kerang merupakan makanan yang enak dan boleh dibuat dengan pelbagai bahan tidak kira samada sayuran atau makanan laut yang mana resepi kerabu ini sangat mudah disediakan dan sedap.
image

Bahan-bahan:
250 gram taugeh (celur dan toskan)
500 gram isi kerang
kacang botol (dihiris)
sedikit belacan (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
10 biji cili padi (ditumbuk)
2 biji limau nipis
garam
gula
1 biji bawang besar (dihiris)
2 sudu besar kerisik
2 batang serai (dihiris halus)
2 batang bunga kantan (dihiris halus)

Cara membuat:
1.Masukkan taugeh,kerang,kerisik,bahan-bahan yang dihiris dan bahan-bahan yang ditumbuk kedalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2.Perahkan limau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
3.Siap dan boleh dihidangkan.

P/s:Resepi Kerabu Taugeh Kerang sesuai dimakan dengan nasi panas dan selalunya dimakan bersama tomyam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5