Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kerabu Tomato Ikan Bilis

No Comments

Kerabu Tomato Ikan Bilis

Rasa masam manis membuatkan kerabu ini sedap dimakan. Masam dari jus limau kasturi dan juga tomato, manis dari gula dan pedas dari cili padi. Apabila dimakan, ada pula unsur crunchy daripada ikan bilis goreng dan juga gajus. Apa lagi, jom try resepi kerabu tomato ikan bilis ini.

Bahan-bahannya:

  • 2 biji tomato – buang empulurnya dan dihiris
  • 1/2 batang karot (potongan batang mancis)
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dah dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar – dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung tahap kepedasan) – dihiris
  • 1 batang serai – dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon atau  2 biji limau kasturi – optional
  • Gajus – optional

Cara Penyediaannya:

  1. Satukan hirisan bawang besar, serai, garam, gula dan jus limau kasturi. Sesuaikan rasa dahulu.
  2. Masukkan bahan-bahan lain (kecuali ikan bilis dan gajus).
  3. Gaul sebati dah mesra barulah masukkan ikan bilis dan gajus.

Dah siap! Senang sahaja kan caranya? Selamat menjamu selera dengan hidangan kerabu tomato ikan bilis ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5