Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kerang Goreng Cencaluk

No Comments

Resepi Kerang Goreng Cencaluk ok ? Seperti yang kita semua tahu,kerang amat sedap jika direbus dan dicicah bersama sambal.Akan tetapi, kerang juga amat sedap jika di goreng bersama cencaluk . Disamping sedap , ianya juga amat mudah untuk dimakan kerana ianya sudah menjadi lembut.Oleh itu , Chef ingin ajarkan anda semua cara untuk memasak hidangan yang special ini.

kerang goreng cencaluk

Bahan-bahan :
1 kilo kerang – dibersih,direbus dan dikopek kulitnya (buang sebelah je)
3 sudu besar cencaluk
15 tangkai cili padi – dipotong kecil (atau ikut tahap kepedasan)
2 biji bawang holland – dipotong dadu
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Margerin + minyak – secukupnya

Bahan yang perlu dimesin:
10 tangkai lada merah
7 biji bawang putih
sedikit belacan

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak bersama margerin kemudian tumiskan bahan yang telah dimesin sehingga naik bau dan garing
2.Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram dan gaulkan sehingga sebati.
3.Masukkan kerang kemudian gaulkan rata dan tutup api.
4.Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
5.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Kerang Goreng Cencaluk boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5