Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ketam Masak Masam Manis

No Comments

Resepi Ketam Masak Masam Manis ok ? Resepi ketam masak manis sangat sedap jika dapat di makan pada waktu berbuka puasa kerana, kombinasi rasa di antara masam dan manis dapat membuka selera kita justeru dapat menghilangkan rasa lapar setelah seharian kita berpuasa.Walaubagaimanapun , jika mahukan hidangan yang lazat, anda perlulah memasaknya sendiri di rumah .

ketam masam manis

Bahan-bahan:
5 ekor ketam – kerat 2
3 ulas bawang putih ^
Setengah labu bawang besar ^
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos sweet chilli/sweet chilli thai/sos pencicah manis
4 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam – sebagai perasa

Cara-cara membuat:
1.Tumbuk sehingga lumat bahan yang bertanda ^.
2.Panaskan minyak di dalam secukupnya kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan masaklah sehingga sedikit layu.
3.Kemudian masukkan semua jenis sos dan kacau sehingga sebati.
4.Masukkan sedikit air dan biarkan mereneh seketika.
5.Masukkan ketam, perasa secukup rasa dan balik-balikkan selalu sehingga ketam masak.
6.Akhir sekali kalau dah masak bolehlah dihidangkan.

P/s: Resepi Ketam Masak Masam Manis lebih sedap jika di makan ketika sedang panas bersama nasi putih.jika suka boleh lah di taburkan sedikit ketumbar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5