Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ketam Masak Merah

No Comments

Resepi Ketam Masak Merah ok ? Ketam bukan sahaja sedap , malahan isi ketam merupakan sumber protein tanpa lemak.Selain itu, isi ketam juga menyediakan banyak vitamin dan mineral yang penting untuk manfaat badan kita.Isi ketam juga membekalkan nutrien dan amat kaya dengan vitamin b-12 . Oleh itu , jom pelajari resepi yang berkhasiat dan semestinya sedap ini.

ketam masak merah

bahan-bahan :
9 ekor ketam – dibasuh dan dibersihkan kemudian direbus bersama garam dan serai yang telah di ketuk sampai 3/4 Masak & toskan.
4 sudu makan cili giling
Sos cili secukupnya
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
4 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan tumbuk:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
3 batang serai
1 inci halia
Setengah inci lengkuas

Cara-cara membuat :
1.Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dkisar sehingga wangi.
2.Kemudian, masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
3.Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis kemudian kacau sehinga rata
4.Masukkan air secukupnya.
5.Apabila sudah menggelegak, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula dan air asam jawa kemudian kacau rata.
6.Jika sudah masak,bolehlah dihidangkan

P/s:Resepi Ketam Masak Merah lebih sedap dan menrik jika anda taburkan daun sup dan daun bawang diatasnya.Selain itu,nak lagi sedap hidangkan lah dalam keadaan yang masih panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5