Resepi Dapur Malaysia

Resepi Koleh Kacang

No Comments

Resepi Koleh Kacang merupakan kuih yang sangat sedap dan mudah disediakan.Resepi ini sangat popular semasa bulan Ramadhan.

image

Bahan tahi minyak:

400 ml santan pekat
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
2 helai daun pandan

Cara membuat tahi minyak:
Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak hingga keluar minyak.

Bahan-bahan untuk kuih:

A. 400 gram gula merah
100 gram gula putih
300ml air

B. 300 gram tepung kacang hijau
1 sudu kecil garam

C. 400 ml santan pekat
1300 ml air

Cara membuat kuih:

1.Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan.
2.Satukan bahan B dan C , kemudian kacau hingga sebati.
3.Masak bahan A , B dan C sehingga pekat dan kacau selalu supaya tidak bergentel.
4.Apabila dah masak masukkan dalam acuan.
5.Taburkan dengan tahi minyak.

P/s:Resepi Koleh Kacang sangat sedap dimakan bersama kopi panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5