Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kuah Rojak

No Comments

Resepi Kuah Rojak ok? Tidak perlu ditanya lagi semestinya seluruh rakyat Malaysia amat menyukai rojak buah,akan tetapi kadang-kadang bila kita makan rojak buah di kedai rasanya tidak dapat memikat selera kita kerana ada yang manis tapi tidak pedas dan kalau pedas pon mesti tidak manis.Oleh itu,Chef akan ajarkan anda cara-cara untuk membuat kuah rojak sendiri dari dapur rumah anda dan yang astinya tidak akan menghampakan diri anda.

Selain itu,kuah rojak ini juga tahan lama dan tidak mudah basi jika anda menyimpannya didalam peti sejuk.Kuah ini juga boleh dimakan dengan apa cara dan jenis buah sekalipon,buah rambutan pon boleh.heheheh

kuah rojak

Bahan utama yang diperlukan:
kicap pekat/manis – 1 botol
sos cili – 1 botol
Gula merah – 1 ketul
Sos tiram – setengah botol
Gula – 3 cawan
Garam – rasa dlu sebelum letak garam
Belacan
Kacang tumbuk – kene letak time nak makan je

Cara-cara membuat:
1.Masakkan di atas api kecuali kacang tumbuk
2.Kacau sehingga mendidih dan biarkan sehingga gula tersebut hancur serta gula kabung itu larut
3.Sudah mahu tutp api masukkan sedikit kacang
4.Sejukkan dan sedia untuk dihidang

P/s:Resepi Kuah rojak ini sangat sedap jika ditaburkan kacang tumbuk sebelum anda memakannya dan hidangkan bersama air anggur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5