Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan (5-6 orang)

2 sudu besar petis/otak udang (shrimp paste)
1 sudu besar tepung jagung
2 keping gula Melaka
2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
4 sudu besar sos cili
Gula dan garam

Cara-cara

  1. Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit.
  2. Masukkan petis udang, sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
  3. Kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk.
  4. Kacau sehingga sebati. Biarkan 2-3 minit di atas api.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan, sotong, ketam dan sebagainya yang telah dicelup dalam air panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

43 thoughts on “Resepi Kuah Yong Tau Fu

  1. Pingback: Tweets that mention Resepi Kuah Yong Tau Fu | Oh Malaysia -- Topsy.com

  2. saya ambik sahaja resipi ini. bukannya buat pun kuahnya. saya nak ambik resipi ni letak dekat folio sivik sebernanya…

  3. Terime kasih yer tuk resepi sos yong tau foo nih…baru jer buat ni..Menjadi!!senang sgt buat kuah die dan sedappppp….tak payah nak beli kat pasar malam daa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>