Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kuey Teow Ladna Special

No Comments

Resepi Kuey Teow Ladna merupakan masakan kesukaan bangsa cina namun ia menular diserata Malaysia dan telah menjadi makanan kesukaan rakyat Malaysia kerana kesapan dan keunikan cara penyediaannya.

image

Bahan-bahan:
1 paket Kuey Teow
1 ekor sotong
4 ekor udang
Cendawan butang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung (bancuh bersama sedikit air sehingga sebati)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 batang carrot (dipotong ikut citarasa)
sedikit baby corn (dipotong dua)
5 biji cili padi (dicincang halus)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging (rebus untuk dapatkan airnya)

Cara membuat:
1.Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
2.Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat).
3.Angkat dan biarkan seketika.
4.Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau kemudian masukkan daun limau purut.
5.Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
6.Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.
7.Masukkan air rebusan ayam dan daging.
8.Bila dah mendidih , masukkan bunga kobis dan tepung jagung.
9.Perahkan sedikit limau kasturi.
10.Akhir sekali masukkan udang , sotong dan sawi , kemudian masukkan garam secukup rasa.
11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih dan angkat (jangan masak terlalu lama supaya sotong dan udang tidak kecut , kemudian curahkan kuah ke atas kuey teow tadi.
12. Sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Kuey Teow Ladna sesuai dihidangkan bersama daun sup/daun bawang dan ditaburkan bawang goreng untuk rasa yang lebih sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5