Resepi Dapur Malaysia

Resepi Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)

88 Comments

Bahan-Bahan (5-6 orang)

500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara

  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba 🙂

88 comments on “Resepi Kuih Buah Melaka (Onde-Onde)

  1. mak aku slalu wat kuih ni klau ade gula melaka (utk jual).
    lg2 dlm bulan ramadhan..
    mmg senang nk wat. cume gule mlaka kt ngri2 sblh barat mhal ckit la.
    klau dpt gi pntai timur, mmg borong abis..:)

    • izul, kalau nak komen, komen skali je. sebab komen ko banyak masuk spam box. akismet tapis. aku boleh je approve nanti…

      • @Amir Said, oh sorry las time tak bleh anta aku try2 n try tak taulah dh beribu dlm peti ko, sory k. yang teratak tu mmg sesuai la nama dgn tema melayu ko. mcm tu aku kne bukak Bistro Dunia la, DKDM kan global,

  2. oo yeah…misi berjaya eyh..hahahha…rajen ek kamoo wat kuih…kes salah tepung xkan berlaku lg ok samat berbuka nnti..

  3. inimajalah.com

    Artikel mengenai posting terbaru ohmalaysia.com (Kuih Buah Melaka) sedang disiarkan di inimajalah.com.

  4. salam..kueh buah melaka ni memang feberet masa akak kecik lagi..time2 puasa ni baru jumpa kt bazaar ramadhan..memang sedap sgt kueh ni..

    btw: tak sangka Oh Malaysia singgah kt blog akak..tkasih dtg lagi ya..

    • kalau saya free, saya selalu je jenguk blog rakan2 blogger lain. hehe.. 🙂

      btw, kuih ni kuih feveret saya jugak sampai skg..

  5. Assalam,

    Kuih termudah skali dalam membuatnya…dan makan pun senang jerk..buka mulut..ngap…Ini salah satu kuih kegemaran saya!..hehe..ih,dan2 ni gaks rasanya nk makan…

  6. kuih buah melaka lah yg paling senang utk di pelajari dan kos nya pon paling murah…..anak2 dara saya yg berumur 15thn dan 14thn pon dah pandai membuatnya…..

    • Saya tak reti nak agak air berapa cawan. Cuba letak 1 cawan air dulu, kalau rasa tak cukup tambah lagi air. Pastikan adunan tak lembik dan tak keras sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5