Resepi Kuih Cara Berlauk

Kuih cara berlauk ni antara kuih kegemaran saya semasa berbuka puasa. Bahan untuk adunan sama je dengan kuih cara manis, cuma kuih ni ada inti daging dan biasanya berwarna kuning.

Bahan-bahan (50 biji)

2 cawan tepung gandum
4 cawan santan cair
1 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit garam

Bahan-bahan inti

100 g daging cincang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
Garam dan gula
Hirisan cili merah
Hirisan daun sup

Cara-cara (kuih)

  1. Untuk inti – panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kari. Tumis seketika.
  2. Masukkan daging dan gaul sehingga sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara (kuih)

  1. Untuk kuih – kisar kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan acuan kuih cara dengan api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  3. Masukkan adunan kuih ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Kemudian tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar seketika (jangan sampai masak).
  4. Masukkan inti daging di tengah-tengah bersama-sama hirisan daun sup dan cili merah. Tutup acuan dengan tudung periuk dan angkat kuih apabila sudah masak.
  5. Ulang langkah 3 dan 4 sehingga habis adunan. Jangan lupa sapu minyak pada acuan supaya kuih cara tak melekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Resepi Kuih Cara Berlauk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>